
Dijemput tuan-tuan menghadiri ke Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Mohd Anuar (Po'war),Ludinata (Ludi)dan Mohd Muzary (usop).Maklumatnya seperti berikut :
Tarikh: 10 Julai 2009 (Jumaat)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Taman Cacing Masyuk (Belakang rumah YDP)
Semoga kedatangan tuan-tuan dapat menyerikan lagi majlis tersebut.
1 comments:
Guru didakwa cabul dua pelajar lelaki
Oleh Nurul Mardiana Abdul Alim
bhkt@bharian.com.my
Perbuatan terkutuk dilakukan ketika waktu persekolahan
KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki didakwa mencabul dua pelajar lelaki dengan melakukan seks oral dan onani terhadap mangsa berulang kali di dalam stor serta bilik persalinan di sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, Terengganu.
Guru berusia 31 tahun itu yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa berusia 14 dan 15 tahun pada waktu persekolahan sejak Mei lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata kedua-dua mangsa yang tidak tahan dengan nafsu songsang guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Dungun kira-kira jam 10 pagi kelmarin.
"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek termasuk sekolah tempat dia mengajar dan akan menahan guru terbabit dalam masa terdekat.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks di luar tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun," katanya.
Post a Comment